Abu mayat Mahatma Gandhi kene curi



ABU mayat Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi dilapor dicuri pada hari ulang tahun kelahiran ke-150 pemimpin itu pada 2 Oktober lalu.

Portal BBC dalam laporannya berkata, tidak sekadar abu mayat, bahkan penjenayah turut menconteng foto mendiang dengan tulisan 'pengkhianat' menggunakan dakwat bewarna hijau.

Perbuatan itu didakwa dilakukan puak ektstremis yang menganggap Gandhi sebagai pengkhianat hanya kerana sokongannya pada kesatuan Hindu dan Islam. 

Polis di Rewa di negeri Madhya Pradesh mengesahkan siasatan dilakukan dan sedang menjejaki pencuri terbabit. Tambah mereka, kejadian berkenaan hanya akan merugikan proses integrasi nasional selain mnengancam usaha damai yangd ijalankan di negara itu.

Sementara itu, Pengurus Monumen Peringatan Bapu Bhawan tempat abu mayat mendiang disimpan, Mangaldeep Tiwari menegaskan, kejadian kecurian itu disifatkan sebagai 'sangat memalukan'

Dalam perbualan dengan portal berita The Wire, Tiwari berkata: "Saya membuka pintu (Bapu) Bhawan seawal pagi kerana hari itu merupakan hari kelahiran Gandhi."

"Bagaimanapun, ketika saya kembali semula pada pukul 11 malam, saya melihat abu mayat Gandhi hilang, gambar mendiang pula diconteng," kata Tiwari

Gandhi atau nama sebenarnya Mohandas Karamchand Gandhi yang dilahirkan pada 2 Oktober 1869 merupakan seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik India. Mendiang dibunuh pada 30 Januari 1948 ketika berusia 79 tahun.

Difahamkan, abu mayat mendiang tidak dilepaskan ke sungai seperti mana kepercayaan masyarakat Hindu, sebaliknya, disimpan di beberapa tempat termasuk di Bapu Bhawan.

Post a comment

0 Comments