ADUN Selangor saman Mokhtar Senik


SEORANG pemimpin kanan PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik berdepan tindakan saman susulan penyebaran satu hantaran berunsur fitnah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dusun Tua, Edry Faizal Eddy melalui satu kenyataan media mendakwa Ustaz Mokhtar telah menyebarkan poster menggunakan gambar beliau dengan kata-kata menuduh dirinya berkata bahawa rusuhan kaum 13 Mei merupakan kisah yang dureka-reka.

Kenyataan berunsur fitnah itu jelasnya dilakukan Ustaz Mokhtar di laman Facebook 'Mokhtar Dup'.

Dakwanya, fitnah itu telah menyebabkan dirinya dikecam pelbagai pihak sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang wakil rakyat

"Tujuan saya memfailkan tuntutan tersebut adalah untuk menegakkan hak saya dan membersihkan nama baik saya yang telah dijejaskan oleh Mokhtar Senik.

“Ramai orang percaya saya keluarkan kenyataan itu. Sedangkan saya tak pernah keluarkan kenyataan sedemikian," jelasnya.

Memetik laporan Malaysiakini, Ustaz Mokhtar pada 20 Ogos 2018  memuat naik poster dengan keterangan menuduh Edry sebagai seorang yang "tidak tahu sejarah bangsa sendiri".

“Orang cakap minum segelas je air ketum tu sekadar untuk buat ubat. Yang hang pi teguk sampai dua tempayan siapa suruh? Mulalah tak kenal sejarah bangsa sendiri,” kata keterangan Facebook itu.

Edry menunjukkan petikan hantaran tersebut
Sementara itu Edry menyuarakan rasa kesal terhadap sikap ustaz Mokhtar ditunjukkan Ustaz Mokhtar apalagi apabila dia mendakwa dirinya sebagai pejuang Islam sebenar.

"Saya ingin menambah bahawa saya rasa amat kecewa kerana sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang mengakui paling Islam, Mokhtar Senik gagal melakukan tabayyun atau soal selidik yang diajarkan al-Quran," katanya.

Edry melalui writ saman itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, pemintaan maaf dan injunksi untuk menghalang Mokhtar daripada menerbitkan sebarang kenyataan yang memfitnahnya.

Post a comment

0 Comments