Air Sungai Pelus naik, SK Lintang terjejas


PERALIHAN
monson yang melanda semenanjung sejak kira-kira dua minggu lalu telah menyebabkan banyak kawasan dilanda banjir kilat.

Walaupun jangkaan awalnya kawasan tenggara dan pantai timur bakal dilanda banjir, namun sejak seminggu lalu penduduk di kawasan utara semenanjung terutama Kedah dan Perak telah terjejas.

Semalam, Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang di Sungai Siput, Perak terpaksa ditutup selepas banjir kilat melanda kawasan itu sejak jam 5 pagi.

Hujan telah menyebabkan air Sungai Pelus naik sehingga 1.5 meter dan menyebabkan berlakunya limpahan.

Gotong royong pembersihan bakal dilaksana
Susulan banjir itu, 67 murid,  11 guru dan tiga kakitangan sokongan telah diarah untuk tidak hadir ke sekolah selepas kawasan dan laluan terjejas ditenggelami air.

"Ramai guru dan pekerja terkandas untuk hadir ke sekolah kerana beberapa jalan utama juga ditenggelami air.

"Keadaan arus air yang laju turut menyebabkan pintu pagar sekolah tercabut. Atas faktor itu kita buat keputusan sekolah ditutup pada hari ini," kata Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Safuan Haji Rabaai.

Kejadian banjir turut mengakibatkan sesi persekolahan di beberapa sekolah lain terkesan antaranya SK Jalong, SK Lasah dan SK Temin.

Difahamkan, paras air mulai surut kira-kira jam 2 petang tadi, bagaimanapun kawasan sekolah dipenuhi kesan lumpur.

Gotong-royong pembersihan sekolah berkenaan akan dilakukan esok.

Post a comment

0 Comments