Anwar akan pastikan elit tak terkecuali undang-undang


PENGERUSI Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa golongan elit tidak akan terkecuali dari undang-undang.

Bercakap pada ucapan 16 halaman di persidangan undang-undang perlembagaan antarabangsa anjuran Law Association for Asia and Pacific (Lawasia) di Petaling Jaya baru-baru ini, Anwar berkata beliau berpandangan bahawa tiada orang terkecuali daripada undang-undang di negara ini dan prinsip itu mesti dilindungi.

Tambahnya, kedaulatan undang-undang mesti terpakai termasuk pada mereka yang berkuasa dan mereka patut dipertanggungjawabkan jika melanggarnya.

"Kalau batu asas kedaulatan undang-undang bermakna tiada orang mengatasi undang-undang, tidakkah kita tunjuk pada dwi-standard seperti yang dikatakan dalam Animal Farm tulisan George Orwell ‘semua haiwan sama, tetapi ada haiwan lebih tinggi dari yang lain ?

“Adakah kita dengar dengan sungguh-sungguh dakwaan mengatakan kuasa yang mengisytiharkan semua rakyat sama juga memberikan kuasa dan keistimewaan kepada sekumpulan elit? Semua orang harus diberi layanan sama,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pujiaan harus diberikan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana memperkenalkan reformasi.

Namun beliau menyoal kembali adakah rasuah dibenteras tanpa gentar atau pilih kasih.

“Pembetulan segera biasanya untuk jangka masa pendek tetapi untuk memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan selama beberapa dekad, ruang mesti diberikan agar kita dapat mengenakan penyelesaian jangka masa panjang,” tambahnya.

Post a comment

0 Comments