Batu Gajah banjir kilat



KAMPUNG Piandang, Seputeh di Batu Gajah, Perak dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kinta dipetik laporan Bernama memberitahu, 11 penduduk daripada enam rumah dipindahkan.
.
"Pada mulanya seramai 29 orang dipindahkan ke PPS dibuka bermula pukul 12 malam tadi, apabila kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.4 meter.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada limpahan air dari Sungai Bangkong ke kediaman berhampiran sungai itu, selepas hujan lebat," katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, mangsa terlibat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Piandang.

Operasi memindahkan penduduk malam tadi turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Batu Gajah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Setakat pagi tadi, JPBD memberitahu limpahan air dari sungai berhampiran telah surut dan kini keadaan dalam keadaan baik dan terkawal.

Post a comment

0 Comments