Berhenti main isu kaum, tumpu selesai kemiskinan - Anwar


PEMIMPIN
politik di negara ini perlu berhenti menjaja isu kaum dan agama bagi menarik sokongan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya jelas Presiden KEADILAN itu, pemimpin wajar menumpukan kepada isu kebajikan rakyat terutama golongan miskin di negara ini agar kemakmuran negara dapat dikecap bersama.

Mengulas lanjut, Anwar berkata ahli akedemik dan profesional juga harus memain peranan dalam mengalih naratif yang dibina golongan 'pelampau politik' ini.

"Tumpuan kami (beberapa) minggu lalu mengenai isu kemiskinan dan ketidaksamaan agar naratif ini kembali ke landasan daripada isu-isu kaum dan agama yang ditunggangi sikap perkauman dan pelampau agama," kata Anwar ketika Persidangan Lawasia Constitutional and Rule Of Law di Petaling Jaya.

Anwar ketika persidangan semalam.
Anwar sebelum ini dilaporkan telah mengetuai satu seminar seminar berkenaan kemiskinan dan kesenjangan pendapatan bersama Ahli Parlimen untuk mencari penyelesaian berkenaan masalah itu.

Beliau merupakan pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus parlimen.

Seminar itu diadakan susulan kai selidik oleh Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston, berkenaan garis kemiskinan yang tidak tepat di Malaysia.



BACA: Anwar anjur seminar tangani kemiskinan

Sementara itu, Anwar turut ditanyakan apakah yang akan dilakukanya untuk menyelesaikan isu kaum dan agama setelah beliau menjadi perdana menteri.

Anwar menjelaskan, beliau akan memastikan tumpuan diberikan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum supaya rakyat dapat hidup dalam suasana lebih harmoni

Selain melaksana program kebajikan, beliau juga berharap dapat merealisasikan program dialog antara agama, dengan memberi contoh program yang telah dijalankan di antara Muslim dan penganut konfusianisme sebelum ini.

Anwar konsisten memperjuangkan isu kemiskinan
"Saya fikir bukan hanya pemimpin politik, tetapi ahli akademik dan profesional (juga) mesti mengambil peranan utama dalam memastikan naratif baru ini," katanya.

Sebagai rekod, Anwar mempunyai reputasi yang sangat baik dalam mengangkat isu kemiskinan di kalangan rakyat.

Pada Disember 1974, Anwar yang ketika itu adalah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengetuai demostrasi 'Petani Baling'.

Bersama 5,000 pelajar dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) serta Institut Teknologi Mara (ITM) dan Politeknik Ungku Omar berhimpun di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.

Ia bagi menuntut kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak bertindak menangani masalah kejatuhan harga getah yang menghimpit gologan pekebun getah ketika itu.

Post a comment

0 Comments