Bersama Angry Bird, Upin Ipin ke Oscar 2020


FILEM
animasi tempatan terbitan Les Copaque Production, Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal sekali lagi membuktikan keupayaan anak tempatan.

Selepas diangkat sebagai Filem Cetera Terbaik, Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (ANIMAZE) di Montreal, Kanada pada bulan September lalu, ia kini tersenarai pula sebagai calon Filem Animasi terbaik Anugerah Oscar 2020.

Lebih membanggakan, filem kebanggan Malaysia itu akan bersaing dengan 31 filem animasi terkenal antarabangsa lain antaranya Toy Story 4, Angry Bird 2 dan The Secret Life of Pets 2.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Burhanuddin Md Radzi memberitahu, selepas kejayaan di Montreal sebelum ini, pihaknya memutuskan untuk mencuba nasib di anugerah terkenal itu.

"Ketika saya ditemu bual wartawan di sana, saya diberitahu bahawa skrip filem ini berbeza dan memenuhi kemahuan penonton.

"Imej baru dan jalan cerita baharu yang pastinya dapat perhatian penonton di sebelah Barat," katanya dipetik.

BACA: Upin & Ipin cipta sejarah, menang anugerah ANIMAZE

Sementara itu, Burhanuddin berkaya, usaha membawa Upin Ipin ke Oscar 2020 merupakan sebahagian daripada pembakar semangat buat pembikin filem tempatan.

"Saya nak bakar semangat pembikin filem di Malaysia supaya mereka membuat sesuatu setaraf pembikin filem antarabangsa.

"Janganlah berada di takuk lama saja, asyik nak jual dalam Malaysia semata-mata," katanya lagi.

Filem  Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal  berkisar kisah dongeng masyarakat tempatan. Ia sebelum ini menembusi pasaran Indonesia, Vietnam, Uzbekistan dan India itu turut menembusi pawagam beberapa negara termasuk China.

Ia merupakan f
ilem tempatan pertama yang menerima rating paling tinggi di IMDB (9.3/10).

Post a comment

0 Comments