BERSATU wakili HARAPAN di Tanjung Piai


CALON dari BERSATU akan diletakkan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai yang kosong.

Pengerusi Jawatankuas Pilihan Raya HARAPAN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walau bagaimanapun calonnya belum diputuskan dan hanya akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikannya di Muar esok.

Mengulas lanjut, Muhyiddin bekata beliau yakin HARAPAN akan akan mengambil pengajaran daripada kekalahan dalam tiga PRK - iaitu Rantau, Cameron Highlands dan Semenyih bagi membuat strategi dan persediaan menghadapi PRK kali ini.

"Kita ambil kira pengalaman lalu, di (PRK) Semenyih dan juga kerusi-kerusi yang ditandingi dulu. Kita dapat banyak maklum balas dan sudah buat post morterm.

Allahyarham Dr Mohd Farid
"Untuk Tanjung Piai, kita akan mengatur strategi yang lebih berkesan dan gerak kerja yang lebih menyeluruh... menjelaskan isu-isu yang tidak difahami rakyat.

"Dalam tempoh beberapa bulan ini pelbagai perkara sudah berbangkit, sebahagiannya ditularkan di media sosial. Ada perkara tertentu sama ada soal dasar atau program PH yang mungkin tidak difahami. Kita akan jelaskan," kata  presiden Bersatu itu.

PRK ini terpaksa diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Mohd Farid Mohd Rafik yang juga merupakan timbalan menteri di jabatan perdana menteripada 21 September lalu.

Pada PRU lalu, penyandang dari MCA Wee Jeck Seng tewas dengan majoriti 524 undi kepada Dr Mohd Faris dalam perlawanan tiga penjuru.

Merupakan kerusi tradisi MCA,  BN masih belum memutuskan calonnya , namun Umno dilihat berminat meletakkan calon mereka di kerusi itu.

PRK kali ini dianggap akan menjadi ujian litmus atas kerjasama Umno-PAS di saat isu berkaitan kaum dan agama mendominasi landskap politik negara.

Post a comment

0 Comments