BO55KU kembali ke saingan Moto2



PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya mengesahkan akan bertanding dalam kelas Moto2 pada musim depan.

Hafizh difahamkan telah menandatangani pra-kontrak bersama sebuah pasukan yang tidak dinamakan.

Meskipun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut namun timbul dakwaan bahawa dia akan ke Angel Nieto, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jake Dixon yang berhijrah ke Petronas Sprinta.

Menurut Hafizh dia akan menandatangani kontrak itu di Buriram, Thailand.

“Saya akan ke Moto2 musim depan dan meskipun ini bukan cabaran baharu tetapi saya perlu membiasakan dengan enjin baharu,” jelas Syahrin dipetik portal pemotoran Crash.net.

Bagaimanapun, dengan pengalaman yang ada, Hafizh meletakkan sasaran untuk muncul kelompok lima terbaik di kelas kedua itu sebelum kembali merebut slot ke MotoGP.

“Saya akan cuba lakukan seperti (Tom) Luthi, saya mahu berada dalam kelompok lima terbaik. Saya berjaya menempatkan diri di antara 10 pelumba terbaik ketika dua tahun berada dalam saingan Moto2,” tambahnya.

Ketika ini, jentera Angel Nieto menggunakan chasis KTM bagaimanapun, musim depan, Hafizh mendedahkan mereka beralih sama ada ke Kalex atau Speed Up.

Prinsipal Pasukan Yamaha Sepang Racing Team (Yamaha SRT), Datuk Razlan Razali sebelum ini pernah mencadangkan HAfizh meyertai pasukan yang menggunakan chasis Kalex kerana ia disifatkan sebagai chasis terbaik dalam saingan Moto2.

Post a comment

0 Comments