Bosan kerja, hakim tembak diri sendiri


SEORANG hakim yang sedang mengendalikan satu kes mengejutkan orang awam apabila cuba membunuh diri dalam kamar Mahkamah.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari (waktu tempatan) itu, hakim Mahkamah Yala tersebut dilapor menggunakan pistol peribadi menembak bahagian dada.

Setelah menyampaikan keputusan mengenai kes melibatkan lima anggota kumpulan bersenjata, Hakim Khanakorn Phianchana berkata dalam mahkamah bahawa di sangat bosan hidup dibebani dengan kerja.

Seketika kemudian dia bangkit berdiri, memalingkan tangannya ke hadirin, dengan cepat menarik pistol dari pakaiannya dan menembak dirinya sendiri.

Phiancaha cedera parah di bahagian dadanya.

Ketua Polis Daerah Muang Yala Kol Pol Narawi Waearong yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Yala dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
 

Post a comment

0 Comments