Fenny wanita Iban pertama dilantik Duta Besar



FENNY Ak Nuli melakar sejarah apabila menjadi wanita Iban pertama dilantik menjawat jawatan Duta Besar Malaysia.

Berusia 48 tahun dan berasal dari Sri Aman, beliau akan memulakan tuga sebagai Duta Malaysia ke Peru.

Memulakan karier sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kementerian Luar Malaysia pada 1997.

Sejak itu, beliau terus mengorak langkah di dalam kariernya dengan menggalas tanggungjawab besar demi negara dengan menjawat jawatan sebagai Assistant Director (ASEAN), 1997-2001, Second Secretary at the Permanent Mission of Malaysia United Nations, Geneva, Switzerland (2001-2002)

Fenny juga dkantik Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia di Warsaw, Poland (2002-2005).

Selanjutnya berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha (Kewangan) Kementerian Luar Negeri, Putrajaya (2005-2006), Director ASEAN (2006-2008), Minister Counsellor, Embassy of Malaysia, Bangkok (2009-2012), Principal Assistant Secretary, Multilateral Economic and Environment (2013-2015) dan Setiausaha, Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa (2015-2016).

Jawatan terakhir beliau sebelum ke Peru ialah sebagai Timbalan Ketua Misi di Pejabat Kedutaan Malaysia di Brussel, Belgium sejak 2016.

Post a comment

0 Comments