Golongan kaya kena cukai lebih tinggi, IKS terima insentif



KERAJAAN bakal mengenakan cukai lebih tinggi terhadap golongan berpendapatan tinggi di negara ini.

Memetik laporan Awani, sistem percukaian itu akan mengenakan cukai 30 peratus berbanding hanya 28 peratus sebelum ini kepada golongan berpendapatan melebihi RM2 juta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika sesi pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat berkata kira-kira 2,000 orang yang dikelaskan dalam golongan itu akan terkesan dengan kadar baharu itu.

Sementara itu kerajaan turut mengumumkan insentif cukai untuk menyokong pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini.

"Bagi terus menyokong pertumbuhan PKS, had pendapatan bercukai yang tertakluk kepada kadar 17 peratus akan dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM600,000/

"Insentif ini tertakluk kepada PKS dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

Post a comment

0 Comments