Hagibis: Pengendali Shinkansen rugi RM115 bilion


PENGENDALI
kereta api laju Jepun atau lebih dikenali sebagai Shinkansen dijangka bakal kerugian kira-kira RM115 bilion.

Ia susulan kejadian Taufan Hagibis yang melanda wilayah Nagano minggu lalu yang menyebabkan kira-kira 10 buah kereta api itu bakal dilupuskan sebagai besi buruk kerana rosak ditenggelami banjir lumpur.

Kesemua kereta api itu dilapor tersadai di stesen Hokuriko.

Pengendali Shinkansen, East Japan Railway Company (JR East) dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan rapi ke atas kesemua Shinkansen tersebut akan dibuat bagi menentukan sama ada ia boleh beroperasi semula.

"Semua fungsi penting seperti sistem brek, transformer dan sistem pendingin hawa berada di bahagian bawah Shinkansen.

"Ia kalis air, tetapi mungkin rosak bergantung kepada tempoh ia terendam dalam banjir.

"Jika ia terjejas, Shinkansen berkenaan tidak boleh beroperasi lagi," kata jurucakap JR East dipetik Japan Times.

Difahamkan, kos bagi menghasilkan sebuah Shinkansen menelan belanja sekitar 300 juta yen (RM1.153 bilion). 

Post a comment

0 Comments