Hanipa minta maaf, warganet salahkan Azalina




SIKAP
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin yang mengakui dan sanggup membuat permohonaan maaf atas kesilapan dilakukan wajar dipuji.

Hari ini, ahli Parlimen sepang itu secara terbuka memohon maaf atas kenyataan berbaur seksis keatas ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman semalam.

"Saya tak patut sama sekali berkata demikian walaupun untuk bergurau. Ia adalah sempadan yang tidak sepatutnya saya cerobohi sejak awal.

"Saya tidak ada alasan sama sekali. Justeru, dengan ikhlas hati saya menyesali perbuatan tersebut," katanya.

Semalam Hanipa dan Azalina terbabit dalam perbalahan lisan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Seorang warganet menyalahkan sikap pembangkang
Bekas menteri pada era kerajaan Barisan Nasional itu pada awalnya berkata beliau terpaksa memakai cermin mata untuk melihat Hanipa.

“Tuan Speaker, saya tengah pasang cermin mata, nak tengok YB timbalan menteri dengan begitu jelas, kadang-kadang nampak kecil, kadang-kadang nampak besar,” kata Azalina.

Kenyataan itu mendorong Hanipa membalas: “ kata (saya) kadang-kadang gemuk, kadang nampak kuruskan? Macam Pengerang, dia nampak macam perempuan, dia nampak macam lelaki,” katanya sehingga membuatkan ahli Parlimen pembangkang bangkit membantah.

Menurut Hanipa walaupun berbeza parti dan pendirian politik, beliau tetap menghormati Azalina sebagai seorang rakan.

Komen Mohd Fauzi di saluran youtube

"Ia memang satu kesilapan. Saya tak ada alasan. Saya mengaku salah," tambah Hanipa lagi.

Bagaimanapun tinjauan dalam ruangan komen di Youtube yang berkongsikan video insiden tersebut mendapati warganet lebih memihak kepada Hanipa.

"Betul la...nampak kejap laki kejap prempuan," kata Mohd Fauzi.
 

Amirudin menyalahkan tindakan dimulakan Azalina
Amirudin Agus pula dalam ruangan komen saluran serupa menyalahkan Azalina atas insiden itu, katanya " Itu la ...lain kali jangan jolok sarang tebuan,kan dah kena...bila dah kena sentap pulak," merujuk pada tindakan provokasi bekas menteri itu terhadap Hanipa.

Post a comment

0 Comments