Indonesia batal rancangan tutup Taman Komodo


KERAJAAN
Indonesia membatalkan rancangan asal menghalang pelancong daripada mengunjungi Taman Komodo Kebangsaan di Kepulauan Nusa Tenggara.

Sebaliknya, mereka kini mahu menjadikan kawasan habitat asal haiwan reptilia itu sebagai ‘destinasi pelancongan premium’ dengan menaikan bayaran masuk serta mengehadkan jumlah pengunjung ke taman perlindungan spesis biawak terbesar itu.

Perkara mengenai perkara itu diumumkan menteri alam sekitar Indonesia, Siti Nurbaya baru-baru ini.

“Kami akan menukarnya menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kehadiran pelancong mengganggu habitat komodo
Tahun lalu, pihak berkuasa negara itu mengumumkan untuk menutup sementara taman tersebut mulai 2020. Ia susulan kebimbangan kesan sampingan pelancongan berskala besar terhadap ekologi kawasan tersebut.

Pada masa sama, cadangan itu turut dibuat susulan penurunan jumlah rusa, babi hutan dan mangsa semula jadi komodo, serta percubaan untuk menyeludup biawak tersebut.

Bagaimanapun, cadangan penutupan itu menimbulkan kebimbangan terhadap industri pelancongan di kawasan itu.

Bagi menangani isu alam sekitar susulan kedatangan pelancong terlalu ramai, Menteri Maritim, Luhut Pandjaitan mencadangkan sistem kuota baharu  diperkenalkan untuk mengehadkan jumlah pelawat ke pulau

Tahun lalu, gabenor daerah itu mencetuskan kontroversi dengan mencadangkan pelawat dikenakan bayaran AS$500 (RM2099) untuk menyaksikan biawak itu, kira-kira 50 kali ganda berbanding bayaran yuran masuk semasa AS$10 (RM42).

Sebagai rekod, pulau itu adalah kediaman kepada hampir 2,900 biawak komodo, yang boleh membesar sehingga tiga meter panjang dengan berat hingga 90 kilogram. 

Taman Komodo Kebangsaan merupakan satu-satunya tempat di dunia membolehkan pelancong melihat biawak komodo di habitat semula jadi mereka.

Post a comment

0 Comments