Joker pecah panggung, kalahkan venom.



FILEM 'Joker' menunjukkan prestasi membanggakan apabila mencapai kutipan 'pecah panggung' setakat seminggu tayangan.

Diterbitkan Village Roadshow Pictures dan DC Films, filem lakonan Joaquin Phoenix tersebut dilapor telah memecah kutipan jualan sepanjang bulan Oktober dengan kutipan (AS$234 juta) RM979 juta.

Pencapaian itu sekaligus menyaksikan Joker dengan mudah mengatasi jualan tiket filem Venom yang mengutip RM334 juta.

Dengan prestasi awal yang cukup memberangsangkan, penganalisis menjangkakan filem arahan Todd Phillips ini tidak akan mengalami masalah untuk mengutip lebih RM3 bilion sepanjang tempoh tayangan

Joker membawakan satu kisah asal usul watak ‘The  Clown Prince of Crime’ Dari mangsa buli Arthur Fleck kepada kemasyhuran kerana kekejaman.

Babak pertama filem ini membawa kita merasai kesakitan dan keperitan seorang manusia yang ingin mengecap kebahagiaan, namun sebaliknya hanya merasa kosong dan keliru.

Joker bekerja sebagai seorang badut yang menceriakan orang lain dan bercita-cita menjadi ‘stand-up comedian’ (pelawak pentas). Tetapi beliau sering digunakan dan tiada siapa yang mengambil serius tentang dirinya sehingga menyebabkan dia menjadi seorang yang ganas.

Filem Joker sebelum ini membangkitkan kontroversi. media melaporkan polis di beberapa bandar di Amerika Syarikat memperketatkan kawalan keselamatan menjelang pembukaan filem ‘Joker’ yang dikhuatiri mencetus keganasan.

Post a comment

0 Comments