Kampung Bendang Luas dilanda banjir


SERAMAI 44 penduduk di Kampung Bendang Luas, di Selama dekat Taiping terpaksa dipindahkan.

Kesemua mereka yang terdiri dari 22 keluarga dipindahkan berikutan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan itu malam tadi.

Sumber sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, turut terlibat dalam pemindahan kira-kira jam 9.30 malam itu ialah seorang bayi lelaki dan 11 warga emas.

"Kesemua mereka ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Bendang Luas sebagai langkah berjaga-jaga selepas kediaman masing-masing dinaiki air," katanya menurut laporan.

Kejadian hujan lebat yang turut kebelakangan ini telah menyebabkan beberapa kejadian banjir kilat.

Sebanyak 17 keluarga di daerah Baling dipindahkan pada hujung minggu lalu susulan kediaman mereka dinaiki air setinggi 1 meter.

Sementara awal bulan ini, beberapa kawasan di Kuala Lumpur antaranya flat PKNS di Jalan Tun Razak dan Kampung Baru turut dinaiki air.

Difahamkan, musim monsun yang melanda negara sepanjang hujung tahun ini akan menyebabkan peningkatan jumlah hujan.

Susulan itu kerajaan melaui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mempertingkatkan kesiapsiagaan mereka meliputi aset dan keanggotaan mereka.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata jabatan itu berada pada tahap 75 peratus dalam memastikan asetnya berfungsi.

Manakala lebih 80 peratus daripada kira-kira 10,500 anggota bomba di seluruh negara telah bersiap sedia.

Post a comment

0 Comments