Kerajaan sedia kaji isu kemiskinan nasional



KERAJAAN sedia mengkaji semula pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang menjadi penentu kadar kemiskinan nasional.

Tun Dr Mahatahir Mohamad membuat kenyataan itu dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat katanya mengulas pertanyaan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanya apakah tindakan yang diambil kerajaan berhubung laporan kemiskinan tegar di Malaysia.

“Tapi apa yang lebih penting usaha banteras kemiskinan yang berterusan dan efektif,” katanya.

Tambah Dr Mahathir, kerajaan bersedia megkaji semula PGK itu bagi mencari gambaran sebenar kemiskinan di negara ini.

Sebelum ini, Pelapor Khas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Philip Alston dalam dapatan melalui kajiannya mendapati kadar rasmi berkenaan kemiskinan di negara ini sebahagian besarnya tidak tepat dan tidak menggambarkan realiti sebenar.

Susulan laporan itu, Anwar yang juga Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen menggesa agar isu kebajikan rakyat terutama golongan miskin di negara ini diberi tumpuan agar kemakmuran negara dapat dikecap bersama.


BACA: Tarif kemiskinan perlu semakan semula - Anwar

Ketika berucap di Seminar Ekonomi, Kemiskinan dan Kesenjangan di Malaysia: Takrifan dan Pelaksanaan dianjurkan kaukus itu di Parlimen baru-baru ini, Anwar berkata "kadar pendapatan tidak meningkat itu telah menyebabkan hutang terpaksa di pikul kumpulan B40 meningkat dan seterusnya menyebabkan kualiti hidup menurun,"

"Jika keadaan itu berterusan, kaukus bimbang kualiti kesihatan dan pendidikan bagi kumpulan B40 juga akan terkesan," tegasnya.

Post a comment

0 Comments