Kit Siang dakwa Najib tipu Parlimen pada 2015


BEKAS Perdana Menteri yang juga pengerusi lembaga penasihat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib Razak wajar diherat ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Seorang Ahli Dewan Negara, Lim Kit Siang mendakwa Najib telah berbohong serta mengelirukan Parlimen apabila mendakwa ahli perniagaan dikehendaki, Low Thaek Jho atau Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.

Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri membuat gesaan itu yang merujuk kepada laporan media pada Mac 2015.

Petikan laporan yang dirujuk Kit Siang
Berdasarkan laporan itu, Najib dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat menafikan keterlibatan Jho Low dalam syarikat itu.

"Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," kata Najib menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju ketika itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Soalan itu dikemukakan Tan yang ingin mengetahui sekiranya wujud sebarang urus niaga atau kaitan antara 1MDB dan Jho Low.

Ia susulan laporan Sarawak Report yang mendakwa sejumlah AS$700 juta (RM2.5 billion) pinjaman yang dibayar balik 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI) pada September 2009 disalurkan ke sebuah syarikat yang didakwa dikawal oleh Jho Low.

“Kedua-dua perbicaraan rasuah dan pengubahan wang Najib yang berkaitan dengan 1MDB serta dokumentasi ‘The Kleptocrats’ telah menunjukkan Najib dengan sengaja mengelirukan Parlimen.

“Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen harus bertindak,” katanya Kit Siang dalam kenyataan.

Post a comment

0 Comments