KPN yakin PRK Tanjung Piai berlangsung aman


KETUA
Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yakin Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai bakal awal bulan hadapan akan berjalan lancar.

Keyakinan itu disuarakannya berdasarkan pegalaman pihak polis dalam beberapa PRK lalu termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Saya yakin proses suasana demokrasi akan jalan dengan penuh kematangan dan SOP bagi PDRM sedia ada. Saya tidak menjangkakan akan ada apa apa tidak baik berlaku.

“Saya yakin anak buah saya memang cukup mantap bila diperlukan. Ini proses demokrasi mantap sebab apa kita dapat lihat berbelas kali kita adakan, InsyaAllah semua berjalan lancar,” katanya dipetik laporan Awani.

Abdul Hamid ditanya persediaan pihak polis dalam menghadapi PRK yang akan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 September lalu.

Beliau sebelumnya menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Sementara itu tambahnya, jumlaha anggota yang bakal ditugaskan ke PRK itu mencukupi, namun pihaknya sentiasa bersedia mengerahkan jentera polis sekiranya situasi memerlukan.

Post a comment

0 Comments