Lagi kes budak jatuh dalam tangki kumbahan


SEORANG
kanak-kanak perempuan ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam tangki kumbahan di Batu 5, Jalan Gambang malam tadi.

Dipetik lapora Awani, Nurarisha Abdullah, 5 tahun, ditemui orang awam dalam keadaan terapung sebelum dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira 9.30 malam.

Terdahulu, kanak-kanak tersebut disedari hilang oleh ibunya selepas keluar bermain petang semalam.

Nurarisha difahamkan bersama sekumpulan kanak-kanak bermain di kawasan sebuah rumah yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah mangsa petang semalam.

Dia kemudiannya dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam lubang yang dikatakan hanya di tutup dengan zink.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata,pihaknya mengarahkan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota ke lokasi selepas menerima panggilan dari orang awam.

BACA:
Kanak-kanak tiga tahun maut jatuh lubang kumbahan

Sebagai rekod, insiden ini adalah kali kedua dalam tempoh kurang seminggu.

Beberapa hari lalu, Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz ditemui dalam lubang kumbahan di kawasan kuarters Balai Polis Pasir Puteh di Ipoh, juga dipercayai akibat terjatuh.

Post a comment

0 Comments