Letak calon profesional, jangan terlalu muda


PAKATAN HARAPAN sekali lagi digesa untuk mempertimbangkan calon profesional dan berwibawa bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang akan diadakan nanti.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali, gabungan parti yang mewakili kerajaan persekutuan itu perlu menjadikan Allahyarham Dr Mohd Farid Md Rafik sebagai kayu ukur semasa memilih calon mereka di Tanjung Piai.

"Saya melihat pemilihan calon satu perkara yang cukup penting bagi kedua-dua pihak pada PRK ini.

"Bagi HARAPAN, calon mestilah dalam kalangan individu yang mempunyai latar belakang profesional.

"Sesiapa yang mewakili HARAPAN mestilah orang yang dilihat sekurang-kurangnya seperti arwah Dr Mohd Farid atau pun lebih lagi," kata ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia itu dipetik Malaysiakini.

Terdahulu, gesaan serupa turut dibuat Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang melihat ia sebagai faktor penting untuk mengekalkan kerusi bagi kawasan parlimen tersebut.

BACA: Perlu letak calon lebih baik dari Dr Md Farid

Jelasnya kewibawaan calon sangat penting bagi memberi keyakinan kepada pengundi di kawasan itu.

Tidak ketinggalan penting, kata ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali, HARAPAN mungkin boleh menawarkan jawatan menteri kepada calon terbabit jika dia memenangi PRK akan datang.

"Selain itu, HARAPAN juga perlukan seorang calon yang berumur 40-an. Jangan terlalu muda, takut mereka akan mengulangan kesilapan di PRK Semenyih," jelasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Nov sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal diadakan pada 12 Nov.

PRK ini diadakan susulan kematian Mohd Farid akibat kompilasi jantung pada 21 September lalu. 

Post a comment

0 Comments