Malaysia diserang Spodoptera frugiperda


GOLONGAN petani di negara ini dinasihatkan agar membuat pemantauan di tanaman masing-masing susulan kehadiran ulat ratus.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehuddin Hassan berkata, ulat ratus atau fall armyworm yang dikatakan berasal dari Amerika Selatan dikesan menyerang tanaman jagung di empat buah negeri sejak awal tahun ini.

Memetik laporan Awani, Mohd Sallehuddin berkata, ulat dengan nama saintifiknya Spodoptera frugiperda itu telah dikesan di Perlis, Kedah, Perak dan Johor.

“Ulat ini menjadi masalah antarabangsa, bukan hanya Malaysia. Kita dah berbincang antara jabatan pertanian ASEAN sampai ke China untuk dapatkan bantuan.

“(Bantuan) dari China belum sampai lagi... mungkin boleh jadi masalah besar. Buat masa ini padi selamat sebab ada tanaman jagung.

Datuk Mohd Sallehuddin Hassan
“Kita bimbang jika ia serang tanaman lain termasuk padi, (namun) kita sedang teliti dan sediakan laporan,” katanya.

Difahamkan, ulat berkenaan juga dikatakan kalis racun. petani biasanya bertindak membakar keseluruhan ladang bagi mengelakkan ia merebak.

“Pihak kementerian sedang meneliti bagi mengambil langkah terbaik untuk mengelak serangan ulat berkenaan,” tambahnya.

Sehubungan itu, pihaknya mengesa agar petani terus memaklumkan kepada Jabatan Pertanian jika mengesa kehadiran ulat tersebut di kawasan mereka.

Ulat berkenaan difahamkan akan memakan tanaman sebelum bertelur di kawasan berkenaan.  Bertukar menjadi kupu-kupu dan dikatakan mampu terbang sejauh 100 kilometer, dan melepasi sempadan negara lain.

Post a comment

0 Comments