Mamat Khalid masuk hospital



PENGARAH
terkenal, Mamat Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital swasta di Ipoh.

Difahamkan, pengarah terkemuka tanah air itu  sebelumnya mengadu mengalami sesak nafas yang yang dipercayai berpunca daripada lebihan air dalam badan.

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid ,56, bagaimanpun dilaporkan telah menunjukkan reaksi positif.

Anak keempatnya, Mohd Khalid Amen, 23, memaklumkan keadaan bapanya itu tidak membimbangkan dan doktor memberikan dos ubat supaya dapat tidur serta berehat.

“Sebelum saya berangkat ke Bangkok untuk menyiapkan suntingan akhir filem Rock 4, keadaan ayah baik-baik sahaja. Cuma, dia nampak penat kerana sudah beberapa malam sukar melelapkan mata.

“Pagi tadi, saya dimaklumkan, dia meminta sepupu menghantarnya ke hospital. Namun, keadaannya stabil dan tekanan darah juga normal.

“Buat masa ini, dia ditidurkan sekejap, manakala proses membuang lebihan air dalam badan juga berjalan lancar.

“Doktor ada memberitahu, masalah seperti itu memang biasa berlaku, terutama bagi mereka yang menghidap sakit jantung,” katanya.

Akhir Januari lalu, Mamat atau Mohamad Mohamad Khalid, 56, koma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, akibat masalah sama.

Pada April 2017, pengarah popular itu pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor akibat kepenatan melampau.

Tiga tahun sebelumnya, sutradara disegani itu menjalani pembedahan kecil membuka saluran darah yang tersumbat berikutan masalah jantung.

Sara pada masa sama turut berharap agar doa terus dititip kepada bapanya.

Mohamad sebelum ini telah beberapa kali dimasukkan ke hospitl dan mendapatkan rawatan intensif.

Post a comment

0 Comments