Mangsa bunuh kejam dikebumi satu liang


JENAZAH
dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila dikerat lapan minggu lalu selamat dikebumikan malam tadi.

Jenazah Allahyarhamah Nurfazera Bidin,27, dan anak lelakinya, Allahyarham Muhammad Iman Asraf Abdullah,11, dikebumikan dalam satu liang lahat bersebelahan sebelah kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Bertam Malim.

Memetik laporan Sinar, kira-kira50 ahli keluarga dan sahabat turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah dibawa keluar dari unit forensik lebih kurang jam 10.30 menuju ke Masjid Al-Faizin, Bertam Malim untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris mengesahkan bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong adalah milik seorang wanita dan anaknya yang dibunuh kejam minggu lalu.

Pengesahan itu dibuat setelah keputusan laporan rasmi sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan.

"Identiti kedua-dua mayat itu disahkan menerusi kesepadanan laporan DNA yang diambil daripada beberapa waris.

"Semalam kita telah menerima keputusan DNA dan mengesahkan bahawa si mati merupakan dua beranak yang dilaporkan dibunuh," katanya.

Dalam kejadian itu, Sinar Harian melaporkan sekurang-kurangnya lapan bahagian anggota badan manusia dipercayai milik lebih seorang individu yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong.

Ekoran itu, polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang merupakan suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Post a comment

0 Comments