Marquez rampas gelaran juara, padam rekod Doohan


KEHEBATAN
pelumba Repsol Honda, Marc Marquez tidak dapat dipertikai lagi apabila dia mengungguli perlumbaan MotoGP Thailand dengan kemenangan berganda.

Dinabotkan sebagai juara dunia kelas MotoGP bagi tahun 2019, Marques kini merupakan juara 8 kali dengan enam mahkota kejuaraan dalam kelas premium itu.

Lebih manis, kejuaraan berturut-turut sepanjang empat tahun sejak 2016 itu sekaligus mengatasi rekod yang dipegang lagenda sukan perlumbaan motosikal Mick Doohan.

Dengan berbaki empat perlumbaan selepas ini, Marquez kini berada di kedudukan keempat dalam senarai juara dunia sepanjang masa dengan lapan mahkota termasuk kejayaan Moto2 pada 2012 dan 125cc pada 2010.

Pelumba berusia 26 tahun itu ketinggalan hanya satu gelaran di belakang Rossi, Mike Hailwood dan Carlo Ubbiali yang masing-masing memegang sembilan kejohanan dunia.

Dengan kejuaraan berganda di Litar Antarabangsa Chang sebentar tadi, Marquez tidak lagi perlu bekerja keras mengejar gelaran tersebut, beliau dijangka akan hanya terus memperbaiki rekod kemenenangannya

Tahun 2019 juga mungkin boleh dikatakan musim paling dominan Marquez. Setakat musim ini dia telah mengumpul sembilan kemenangan dengan, dan lima podium. Satu-satunya perlumbaan dimana tidak dapat memungut sebarang ata adalah pada perlumbaa di Amerika.

Sementara itu, dalam perlumbaan sebentar tadi, Marquez dilihat tidak mendapat saingan sengit dari pencabar utamanya Andrea Dovizioso. Marquez hanya perlu menamatkan perlumbaan dihadapan pelumba Ducati itu.

Cuma Marquez dicabar pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo yang mendapat rentak baik sejak awal perlumbaan.

Diakhir perlumbaan, Marquez yang mengikut rapat melakukan beberapa percubaan untuk memintas Quartararo yang dilihat semakin beraksi dengan baik.

Bagaimanapun, pada 2 pusingan terakhir menyaksikan kedua-dua pelumba itu memintas satu sama lain, sebelum Marquez mengambil kesempatan dari kesilapan Quartararo di selekoh akhir perlumbaan.

Dengan jarak beberapa meter, Marquez tiba dahulu digarisan penamat dan sekaligus menghancurkan harapan pelumba Petronas itu untuk meraih kemenangan pertamanya musim ini.

Pada perlumbaan tadi tempat ke-tiga dimenangi pelumba Yamaha Maverick Viñales diekor rapat Andrea Dovizioso dan Álex Rins dari Suzuki di tempat ke-5.

Perlumbaan seterusnya bakal berlangsung di  Twin Ring Motegi, Jepun pada 20 Oktober ini.






Post a comment

0 Comments