Maut ketika mendaki Bukit Beruang



SEORANG lelaki meninggal dunia ketika sedang mendaki Bukit Beruang di Melaka semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Salleh Kenan, 56, dikatakan tidak sedarkan diri, beliau sebelunya mendaki bukit itu bersama rakanya.

Insiden itu disahkan  Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad yang berkata pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Melaka (HM) mengenai individu meninggal dunia ketika mendaki Bukit Beruang.

Bagaimanapun jelasnya pihaknya masih menunggu laporan punca kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hamdan Sudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.42 petang. 20 anggota termasuk pegawai kemudiannya bergegas ke lokasi.

“Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum tiba di lokasi mangsa.

“Ketika tiba mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pegawai perubatan memberi bantuan awal pernafasan (CPR). Pasukan penyelamat mengambil 14 minit untuk membawa turun mangsa sebelum dibawa ke HM,” katanya.

Mangsa sebelumnya dilapor turut diberi bantuan CPR oleh orang awam sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.


 

Post a comment

0 Comments