Mesir pamer 30 keranda era firaun ke-22


KEMENTERIAN Antikuiti Mesir baru-baru ini mempamerkan 30 buah keranda purba mengandungi mumia.

Difahamkan, keranda-keranda purba itu berasal dari abad ke-10 sebelum Masihi.

Penemuan itu sebelum ini turut disifatkan  antara penemuan tinggalan sejarah kuno terbesar sejak akhir abad ke-19.

Agensi berita antarabangsa memetik ahli arkeologi Mesir berkata, keranda-keranda itu mengandungi mumia lelaki, wanita dan kanak-kanak itu ditemui di makam purba al-Asasif di tebing barat Luxor, selatan negara itu.

"Keranda yang mempunyai ukiran dan dicat itu dipercayai berusia 3,000 tahun. Ia masih terpelihara dengan baik," jelas kenyataan itu

Ketua pasukan menggali, Mostafa Waziri pula berkata, keranda itu adalah untuk paderi dan kanak-kanak di bawah pemerintahan firaun dinasti ke-22.

Sementara itu, kerajaan Mesir berharap dengan penemuan itu, ia dapat merancakkan kembali sektor pelancongan di negara itu yang kian merudum.

Laporan itu turut menyebut, kesemua keranda tersebut akan menjalani proses pemulihan sebelum dipindahkan ke bilik pameran di Muzium Besar Mesir yang dijangka dibuka pada tahun depan berhampiran Piramid Giza.
 

Post a comment

0 Comments