MotoGP Jepun: Quartararo dinobat ROTY


KEHEBATAN
juara dunia lapan kali, Marc Marquez tidak dapat dipertikai lagi. Marquez menyempurnakan kemenangan kali ke-54nya dalam motoGP.

Pelumba Sepanyol yang menunggang untuk pasukan Repsol Honda itu sekali lagi muncul juara pada kejuaran lumba motosikal jepun.

Bermula dengan baik di litar Twin Ring Motegi, Marquez berjaya membuat 'hole shot' dan menunggang dengan cukup konsisten sepanjang perlumbaan.

Marquez melintasi garis penamat dengan penuh gaya
Pemilihan tayar jenis medium dilihat memberi kelebihan di litar mencabar ini.

Walaupun telah dinobat juara dunia moto GP 2019 di litar Buriram Thailand baru-baru ini, Marquez tidak berlumba di Jepun  dengan sambil lewa, namun memberikan persembahan terbaik buat peminatnya.

Bagaimanapun, pelumba Petronas Yamaha SRT,  Fabio Quartararo, 20, dilihat memberi saingan kuat kepada Marquez, namun dengan perlumbaan berbaki 10 pusingan, Quantararo semakin jauh ditinggalkan Marquez.

Sememangnya jentera Honda ditunggang Marquez dilihat lebih bertenaga berbanding jentera Yamaha tunggangan Quantararo.

Walaupun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua, namun ia adalah perlumbaan cukup manis bagi pelumba Perancis itu apabila dia dinobatkan sebagai rookies of the year.

Andrea Dovizioso yang terlepas peluang menafikan kejuaraan Marquez sebelum ini hanya berada di kedudukan ke 3, pelumba Ducati itu sebelumnya terpaksa bekerja keras merebut posisi itu dari Maverick ViƱales yang menunggang Yamaha dan seorang lagi pelumba Petronas Franco Morbidelli.

Dengan dua pusingan terakhir, Dovizioso hampir mencabar Quantararo, namun gagal memintas pelumba Petronas itu.

Aksi terpinga-pinga Rossi selepas 'terjelebuk'
Sementara itu, bekas juara dunia, Velentino Rossi menghampakan peminatnya pada perlumbaan ini, ketika berbaki empat pusingan, pelumba Itali itu terjatuh di selekoh pertama dan terkeluar dari perlumbaan.

Pelumba Negara, Hafizh Syahrin yang menunggang jentera KTM Tech 3 pula berada di hadapan seorang lagi pelumba Repsol, Jorge Lorenzo pada awal perlumbaan.

Namun Hafizh sekadar menghabiskan perlumbaan dalam situasi mencabar ini hanya pada kedudukan ke-19.

Hafizh mempunyai reputasi baik di kalangan pelumba
Hafizh yang bakal berlumba dalam kelas Moto2 musim depan bagaimanapun mendapat penghargaan penonton di litar tersebut apabila memberi bantuan menunda jentera Marquez yang berhadapan masalah balik ke pit perlumbaan.

Perlumbaan seterusnya adalah di Philip Island minggu hadapan sebelum berlangsungnya perlumbaan ke-18 di Sepang.



 

Post a comment

0 Comments