M'sia mungkin terjejas perang dagang China-US



MALAYSIA
yang bergantung pendapatan kepada eksport mungkin terjejas sekatan perdagangan akibat peningkatan perlindungan dikuatkuasakan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyuarakan kebimbangan itu susulan perang tarif antara Amerika Syarikat-China.

Walaupun tidak mengulas panjang berkenaan isu sekatan itu, Dr Mahathir melahirkan kekecewaan kerana perdagangan yang sepatutnya bebas, kini terhad secara meluas.

"Malangnya, kita terperangkap," katanya pada persidangan di Kuala Lumpur, merujuk kepada perang perdagangan AS-China.

"Dari segi ekonomi, kita terlibat dalam kedua-dua pasaran, dan secara fizikal kita juga terperangkap dari segi geografi. Ada kemungkinan kita juga akan menjadi sasaran sekatan,” katanya dipetik laporan Reuters.

Amerika Syarikat dan China adalah dua daripada tiga destinasi eksport terbesar buat Malaysia antara Januari dan Ogos tahun ini. Singapura adalah destinasi utama.

Untuk mengurangkan impak akibat perang antara negara-negara besar itu, Mahathir berkata Malaysia sekarang menjalinkan lebih banyak bekerjasama dengan negara-negara jiran serantaunya.

Post a comment

0 Comments