Nik Nazmi gesa perkadaran pengundi diperbaiki



JAWATANKUASA Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) digesa segera mencari penyelesaiaan terhadap isu perbezaan ketara jumlah pengundi bagi kerusi Parlimen.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, perkara itu penting dalam usaha kerajaan mahu menambah baik perjalanan pilihan raya di negara ini.

Tegasnya, berdasarkan sistem sedia ada, beberapa kerusi milik pembangkang contohnya Putrajaya memberi kelebihan untuk Barisan Nasional (BN) dan sebaliknya terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN).

Justeru tambah Ahli Parlimen Setiawangs itu, perkadaran saiz kerusi atau jumlah pengundi di sesebuah kawasan perlu seimbang.

“Implikasi terhadap perubahan sistem Parlimen adalah besar. Saya setuju sistem yang ada sekarang perlu diperbaiki, cuma macam mana dan sebagainya perlu dibincangkan lebih lanjut.

“Perlu ada perbincangan serius antara pemegang taruh untuk melihat penyelesaian terbaik kepada cadangan mengubah sistem pilihan raya atau Parlimen... perlu diteliti implikasi kepada pemahaman rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN baru-baru ini.

Nik Nazmi sebelumnya merujuk cadangan ERC agar dua sistem pilihan raya dilaksanakan di negara ini.

Menerusi dua sistem itu, pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dikekalkan dengan sistem ‘first past the post’, manakala kawasan Parlimen menggunakan sistem ‘proportional representative’ (perwakilan berkadar).

Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, dilaporkan berkata pilihan raya bagaimanapun tetap dijalankan serentak seperti amalan selama ini dengan kertas undi memaparkan nama calon bagi peringkat DUN dan parti untuk kawasan Parlimen.

Post a comment

0 Comments