Pemain badminton negara selamat jalani pembedahan


PEMAIN badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei wajar diberi ruang untuk pulih sepenuhnya, kata Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden, Mohamad Norza Zakaria membuat kenyataan itu susulan pembedahan dijalani  pemenang pingat emas Sukan Sea 2017 itu awal minggu ini.

“Kami meminta orang ramai untuk memberikan beliau ruang dan masa sebanyak mungkin ketika masa pemulihan ini kerana kami yakin beliau akan kembali dengan lebih kuat lagi.

Mohamad Norza Zakaria
“Anda sentiasa berada dalam ingatan kami, Jin Wei!,” katanya dalam hantarannya pada akaun Instagramnya hari ini.

Jin Wei dilapor berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani proses pemulihan. beliau sebelum ini menjalani pembedahan membuang sebahagian daripada ususnya sebagai usaha menyelamatkan kariernya, semalam.

Sebelum ini dilaporkan juara bertahan itu telah digugurkan daripada skuad Sukan Sea Filipina dan juga tidak akan meneruskan usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo, selepas tidak menyertai beberapa kejohanan.

Pemain berusia 19 tahun itu menarik diri daripada menyertai Terbuka Denmark di Odense minggu ini dan juga Terbuka Perancis di Paris (22-27 Okt).

Jin Wei bergelut dengan masalah kesakitan dalam perutnya itu sejak Januari tahun ini.

Post a comment

0 Comments