Penggal kedua Parlimen ke-14 akan berjalan 36 hari



PERSIDANGAN Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua  Dewan Rakyat ke-14 akan bermula Isnin ini (7 Oktober) .

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dalam kenyataan berkata, notis pemberitahuan mesyuarat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat telah dikeluarkan pada 6 September lepas.

“Urusan pertama mesyuarat bagi minggu pertama dimulai dengan perbahasan Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain,” katanya dipetik.

Penggal kedua itu akan berlangsung selama 36 hari sehingga 5 Disember depan.

Beberapa usaul penting akan dibawakan, antaranya pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober pada jam 4 petang serta diikuti dengan perbahasan Belanjawan 2020 di peringkat dasar pada minggu kedua, ketiga dan keempat.

“Seterusnya, perbahasan Belanjawan 2020 akan dibawa ke peringkat jawatankuasa pada minggu kelima hingga kelapan,” tambahnya lagi.

Empat hari terakhir akan diperuntukkan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu kesembilan.

Post a comment

0 Comments