Perak Tengah banjir, penduduk terjejas


JUMLAH
mangsa banjir di Perak dilapor meningkat susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di dua daerah negeri itu semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Perak Tengah menjadi daerah terkini di Perak yang dilanda banjir susulan hujan lebat petang semalam.

Memetik laporan Sinar Bota, jumlah penduduk yang dipindahkan malam di daerah Bota meningkat kepada 265 orang berbanding 225 orang. Sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Teluk Kepayang Bota Kiri di sini dibuka semalam.

Seramai 40 lelaki termasuk tiga kanak-kanak dari Pulau Misa Melayu dipindahkan PPS berkenaan selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.6 meter  akibat limpahan air Sungai Perak

Pulau Misa Melayu merupakan pusat aktiviti kebudayaan tradisional seperti muzik, tarian dan peragaan busana Melayu.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan yang dibuka sejak Jumaat lepas tidak menunjukkan perubahan.

Seramai 225 orang penduduk terdiri daripada 116 dewasa dan 109 kanak-kanak telah dipindahkan ke pusat pemindahan itu

Minggu lalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang di Sungai Siput, Perak terpaksa ditutup selepas banjir kilat melanda kawasan itu sejak jam 5 pagi.

BACA:
Air Sungai Pelus naik, SK Lintang terjejas

Hujan berterusan menyebabkan air Sungai Pelus naik sehingga 1.5 meter dan menyebabkan berlakunya limpahan.

Kerajaan persekutuan melalui agensi terbabit dilapor telah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan susulan peralihan Monsun yang membawa bersama taburan hujan lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Post a comment

0 Comments