Pesawat B17 terhempas, bunuh 7 nyawa


TUJUH Terbunuh setelah pesawat Perang Dunia ke-2 membawa 13 penumpang dan anak kapal terhempas di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS) semalam.

Memetik laporan media antarabangsa AFP, sepuluh penumpang dan tiga anak kapal berada dalam pesawat jenis B-17 itu ketika ia terhempas di Sebuah lapangan terbang di Connecticut.

James Rovella, pegawai kecemasan Connecticut memberitahu media yang jumlah kematian mungkin bertambah tetapi masih terlalu awal untuk mengeluarkan angka rasmi kematian.

“Mangsa hangus terbakar susah dikenal pasti. Kami tak mahu buat silap,” katanya.

Tujuh dilapor terbunuh setakat ini
Media tempatan memetik kenyataan pegawai bahawa tujuh orang maut dan sembilan cedera termasuk tiga orang yang berada di landasan.

Difahamkan, pesawat itu dikendalikan Yayasan Collings, sebuah kumpulan mengumpulkan peminat kapal terbang yang membayar untuk merasai pengalaman menaiki pesawat antik.

Sepuluh minit selepas berlepas pada jam 9.45 pagi waktu, juruterbang membuat panggilan kecemasan memaklumkan pesawat berdepan masalah teknikal, kata Kevin Dillon, pengarah lapangan terbang.

Punca kemalangan membabitkan pesawat jenis digunakan tentera udara AS melawan Jerman dan Jepun itu masih disiasat.

Insiden itu menyebabkan lapangan terbang ditutup beberapa jam sebelum dibuka semula untuk operasi.

Post a comment

0 Comments