Provokasi kaum Tun M sudah tidak releven


PEMIMPIN
ultra Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad wajar berhenti dari terus merendah-rendahkan kaumnya sendiri, tegas seorang ahli akademik.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, kenyataan Dr Mahathir yang kerap melabelkan Melayu sebagai 'malas' demi menarik sokongan politik dari kaum itu hanya akan menjadikan rakyat semakin terguris dan marah.

Tambahnya sejajar dengan perubahan lanskap sosio politik negara, perdana menteri itu tegasnya perlu sedar strategi politik memprovokasi kaum tidak relevan.

“Strategi provokasi begini sudah tidak sesuai dan patut dihentikan kerana generasi baru kini jauh berbeza pemikiran dan gaya hidup mereka.

“Generasi kini sanggup melakukan beberapa kerja untuk menampung kehidupan harian mereka, dengan gaji minimum tidak mencukupi untuk mereka tampung kos keperluan asas,” katanya seperti dilapor FMT.

Dr Mahathir sewaktu sewaktu menyampaikan amanatnya pada Kongres Maruah Melayu mengulangi pandangan mendakwa orang Melayu sebagai kaum yang tidak mahu kerja keras dan tidak mahu kerja susah.

Mengulas lanjut, Awang Azman menegaskan lebih baik sekiranya Mahathir memfokuskan kepada strategi mencapai resolusi-resolusi yang dibentangkan pada kongres tersebut.

“Seperti penciptaan dasar yang jauh lebih baik dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) hasil ciptaan Abdul Razak untuk ditinggalkan sebagai legasinya sebelum peralihan kuasa kepada perdana menteri kelapan.” tambahnya lagi.

Post a comment

0 Comments