Quartararo sambar pole ke-4



PELUMBA Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo sekali lagi membuktikan kehandalannya apabila menyambar petak utama pada perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand, hari ini.

Pelumba rookie dari Sepanyol itu mencatat sepusingan terpantas satu minit 29.719 saat pada sesi kelayakan kedua (Q2) pada Sabtu.

Catatan masa itu juga merupakan catatan rekod baharu terpantas di Litar Antarabangsa Chang di Buriram.

Quartararo menamatkan saingan 0.106s di depan penunggang Sepanyol, Marverick Vinales daripada Monster Energy Yamaha GP manakala penyandang juara dunia, Marc Marquez (Repsol Honda) dari Sepanyol melengkapkan barisan hadapan selepas ketinggalan 0.212s.

Ia adalah petak utama keempat diraih selaku pelumba muka baharu dalam kelas elit MotoGP.

Quartararo kini menduduki tangga keempat dalam kedudukan keseluruhan MotoGP 2019 selepas 14 pusingan dengan mengumpul 123 mata serta mendahului senarai Pelumba Muda Terbaik 2019 (Rookie of The Year) dengan kelebihan 74 mata daripada pencabar terdekat dari Sepanyol, Joan Mir daripada pasukan Suzuki Ecstar.

Post a comment

0 Comments