Rasuah: Tengku Adnan diperintah bela diri


PEMIMPIN Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor diperintah membela diri berhubung pertuduhan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan tiga tahun lalu.

Perintah itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan setelah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Tengku Adnan, 68 atas kapasitinya selaku penjawat awam dituduh menerima RM2 juta daripada Chai Kin Kong, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas Sdn Bhd.

Cek tersebut didakwa didepositkan ke akaun bank CIMB milik Tadmansori Holding Sdn Bhd, di mana Tengku Adnan mempunyai kepentingan dan diketahui bahawa syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja dibawah kementerian diterajuinya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2016.

Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, seramai 23 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding pendengaran selama 12 hari yang bermula 2 Julai lalu

Tengku Adnan pada 23 Januari mengaku tidak bersalah.

Post a comment

0 Comments