Sabah rancang bina jaringan kereta api baharu.


KERAJAAN  Negeri Sabah yang kini dipimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) dilapor sedang mengkaji cadangan membina jaringan kereta api di negeri itu bagi kemudahan penduduknya.

Memetik Bernama, Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Datuk Peter Anthony menjelaskan, cadangan itu membabitkan jaringan dari pantai barat ke pantai timur negeri.

Katanya, kajian itu dibuat oleh Jabatan Kereta api Negeri Sabah (JKNS) bagi melaksanakan fasa pertama pembinaan jaringan kereta api dari Kota Kinabalu ke Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.

Sementara fasa kedua jaringan kereta api itu pula bakal menghubungkan Kudat, Sandakan dan Tawau.

“Kita tahu pada ketika ini, Indonesia akan memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan dan ini (jaringan kereta api sehingga Tawau) akan memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan pusat dari segi perniagaan,” katanya dipetik.

Cadangan tersebut jika dilaksanakan dilihat dapat memaju ekonomi Sabah dan sekaligus memberi manfaat besar kepada rakyat negeri itu.

Ketika ini, jaringan kereta api sedia ada disabah menghubungkan Kota Kinabalu ke Tenom sejauh 134 kilometer.

Post a comment

0 Comments