Saksi dakwa Isa Samad minta 'dana politik' melalui P.A


BEKAS
Pengerusi Felda Mohd Isa Samad meminta RM3 juta sebagai 'dana politik' melalui bekas pembantu khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.

Malaysiakini dalam laporannya yang memetik seorang saksi pada prosiding kes pecah amanah melibatkan pembelian Hotel Merdeka  di Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC) berkata, ia sebagai balasan kepada Isa kerana membantu penjualan Hotelmilik Gegasan Abadi Properties (GAP) itu.

Ikhwan Zaidel, bekas ahli lembaga pengarah Gegasan Abadi yang merupakan saksi ke-16 memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya sering ke Kuala Lumpur untuk menyertai perbincangan penyediaan perjanjian jual beli antara GAP dan FIC. Saya ada beberapa kali berjumpa Zahid Md Arip."

"Di mana satu perjumpaan di Restoran Binjai, Zahid maklumkan kepada saya bahawa "Tan Sri merupakan orang politik". Oleh itu beliau memerlukan dana bagi kerja-kerja politik," kata Ikhwan.

Menurut Ikhwan, "Tan Sri" yang disebutkan oleh Zahid adalah merujuk kepada Isa Samad kerana Zahid merupakan pegawai khas kepadanya.

Sementara itu tambah Ikhwan, beliau tiada pilihan selain akur terhadap permintaan Isa Samad yang disampaikan melalui Zahid itu kerana bimbang Isa akan melengahkan pembauarakan kepada Gagasan Abadi.

"Saya juga faham bahawa permintaan wang daripada Tan Sri Isa melalui pegawainya adalah untuk Tan Sri Isa sendiri sebagai upah kepadanya kerana membantu pembelian Hotel Merdeka," tambahnya.

Mohd Isa, 70, menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta yang didakwa dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April 2014 dan 11 Dis 2015.

Sementara itu, Ikhwan turut memberi keterangan bahawa pada awal Julai 2014, Zahid menghubungi beliau meminta agar dapat berikan 'advance' (pendahuluan) berjumlah RM100,000 untuk kegunaan Isa Samad.

"Saya akur dengan permintaan itu. Ketika itu Gegasan Abadi belum lagi terima apa-apa bayaran daripada FIC.

Post a comment

0 Comments