Tenang is good, setujukah ganja dihalalkan?


PANDANGAN orang ramai berhubung pertimbangan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan sedang diperlukan.

Baru-baru ini, satu kaji selidik telah dilancarkan Malaysia Society of Awareness (MASA) bagi mendapat pandangan umum mengenai penggunaan tumbuhan itu sebagai alternatif merawat penyakit.

Ia mensasarkan 100,000 pandangan rakyat Malaysia sebelum hasil dapatan dibentangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hasil jawapan anda merupakan keputusan muktamad rakyat yang akan dijadikan rujukan statistik kepada kerajaan Malaysia.

“Maklumat dan jawapan anda akan disimpan secara sulit oleh MASA dan hanya terhad untuk tujuan statistik,”  menurut maklumat kajian tersebut seperti dilapor Astro Awani.


Difahamkan, borang kaji selidik “Undi Nasional” boleh diisi orang awam secara dalam talian bermula 7 Oktober lalu.

Kaji selidik itu dilakukan setelah beberapa negara kini sedang berusaha menghalalkan  kanabis sebagai ubatan dan suplemen kesihatan.

"Kerajaan Malaysia masih tidak mengenali kebaikannya walaupun ia telah dihujahkan beberapa kali kepada mereka dan walaupun negara-negara lain telah pun mengubah undang-undang,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Mac lalu, KKM memaklumkan sedia meneliti dan mempertimbangkan supaya ganja diberikan ruang untuk kajian klinikal bagi menilai keberkesanan tumbuhan itu untuk merawat penyakit tertentu.

Orang ramai yang mahu mengisi kaji selidik tersebut boleh berbuat demikian menerusi pautan https://s.surveyplanet.com/pNdjLfZy.

Post a comment

0 Comments