Tertinggal kunci, remaja maut jatuh tingkat tiga


SEORANG remaja  maut terjatuh dari tingkat tiga Blok kediamannya di Kuala Terengganu semalam.

Mangsa, Muhammad Khaizuran Izzudin, 26, dipercayai tergelincir ketika memanjat balkoni rumah untuk membuka pintu dan meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala. 

Menurut kakak mangsa, Ellinna Johana Zulkifli, ketika kejadian, adik bongsu daripada empat beradik itu tinggal bersendirian di rumah.

“Kami semua dibekalkan kunci pendua rumah setiap seorang termasuk arwah. Jadi saya langsung tidak terfikir untuk bertanyakan tentang kunci rumah selepas menghubunginya kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Saya cuma tahu kejadian menimpanya selepas dihubungi ibu saudara yang tinggal berhampiran sebelum bergegas balik ke rumah,” katanya

Tambah Ellinna, dia yakin adiknya itu cuba memanjat balkoni rumah untuk membuka pintu disebabkan tertinggal kunci rumah selepas balik solat Jumaat.

“Sebelum ini pun, bila tertinggal kunci rumah memang dia panjat balkoni. Kami pernah tegur dia sebab bimbang jadi kejadian macam ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Post a comment

0 Comments