Twitter bermasalah, jutaan pengguna terjejas



BEBERAPA masalah dikesan pada aplikasi Twitter dan TweetDeck semalam.

Ramai pengguna dari pelbagai negara melaporkan mereka tidak dapat log masuk, menggunakan atau melihat mesej langsung.

Pengendali media sosial itu turut mengesahkan gangguan itu dalam satu kenyataan mereka.

“Kami mengalami gangguan Twitter dan TweetDeck.

“Anda mungkin bermasalah untuk tweet, mendapat notis pemberitahuan atau melihat mesej.

“Kami sedang berusaha membaikinya dan perkhidmatan akan pulih seperti biasa tidak lama lagi,” kata mereka tanpa memberi butiran lanjut mengenai punca gangguan.

Laman pemantauan outage.report melaporkan ia menerima lebih 3,200 aduan dari seluruh enam benua, dengan pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom dan India antara paling teruk terjejas.

Hampir separuh pengguna mendakwa aplikasi mudah alih tidak berfungsi, dengan 25 peratus menyatakan seluruh laman web terpadam.

Fungsi papan pemuka laman web TweetDeck membenarkan pengguna memantau banyak akaun serentak dan amat popular dalam kalangan wartawan.

Populariti platform bernilai berbilion dolar itu memuncak sejak beberapa tahun ini.

Paparan yang cuma boleh memuatkan 160 perkataan menjadi pilihan ahli politik, selebriti atau organisasi bagi menyampaikan sebarang maklumat.

Post a comment

0 Comments