Warga emas maut, jatuh pusat beli belah.




SEORANG warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pasar raya di Jalan Pelangi di sini petang tadi lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang tadi.

Mangsa, seorang lelaki berusia 68 tahun dikenali sebagai Tan San Choy. Dipercayai beralamat di Sedeli Besar, Kota Tinggi.

“Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan satu kejadian seorang lelaki meninggal dunia di dalam bangunan sebuah pasar raya.

“Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat empat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Shahurinain, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan masih diteruskan. Polis dilapor meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dan juga sedang berusaha mengesan waris dan keluarga terdekat mangsa.

Post a comment

0 Comments