Anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan


SEORANG anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan ketika sedang bertugas di sekitar daerah Sepang.

Dalam kejadian kira-kira 3.55 pagi ini, mangsa berusia 26 tahun dan tidak dinamakan itu ditemui mati dengan kesan tembakan di kepalanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin yang dipetik laporan Bernama berkata ketika anggota polis itu sebelumnya sedang menjalankan sekatan jalan raya di kawasan itu bersama-sama anggpta pasukan yang lain.

Bagaimanapun, ketika anggota lain sedang sibuk menjalankan tugas, tiba-tiba mereka terdengar bunyi letupan dan melihat anggota itu telah rebah di atas jalan raya.

"Pihak polis masih menyiasat punca kejadian berkenaan untuk melengkapkan siasatan kes ini," katanya," kata Noor Azam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang tengah hari tadi, telah menemukan sebutir peluru di kepala anggota itu.

Post a comment

0 Comments