Bomba Johor bakal tubuh unit khas



JABATAN
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor bercadang untuk menubuhkan unit khas bomba untuk bantuan musim tengkujuh.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, unit khas itu kelak akan terdiri daripada kalangan nelayan dan penubuhanya dijangka akan disempurnakan tahun hadapab.

Jelasnya, ia seperti mana pasukan mencari dan menyelamat Gunung Kinabalu atau MoSAR yang terdapat di Sabah.

"Seperti MoSAR, mereka dilatih dan apabila bertugas mereka diberi elaun. Di Johor, kita juga akan mewujudkan unit berkenaan, khas untuk musim tengkujuh di mana kita akan utamakan nelayan-nelayan.

"Kita akan latih mereka dan beri elaun. Tugasan mereka termasuklah memberi nasihat kepada orang ramai di pantai dan jika berlakunya kejadian lemas, mereka ini boleh membantu memberi pertolongan awal sebelum kehadiran pihak bomba," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Disember 2019 JBPM Negeri Johor di Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang memerlukan unit khas tersebut dengan bantuan peralatan asas seperti pelampung, bot dan sebagainya.

"Jadi bila musim banjir, mereka boleh lapor diri. Kita akan bayar elaun mengikut jam. Kita juga akan beri uniform dan latihan," tambah Yahaya lagi

Post a comment

0 Comments