Cuba nafi masalah air, warganet bidas MB Amirudin


KENYATAAN
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang mendakwa kononnya masalah gangguan air di Selangor tahun ini terkawal dan tidak seteruk dibayangkan mendapat kritikan penduduk.

Tinjauan di laman Facebook Malaysiakini mendapati, rakyat Selangor sendiri menghina kenyataan Amirudin, lebih-lebih lagi apabila dia cuba menutup kelemahan pentadbiranya mengatasi isu air dengan mendakwa media tempatan sengaja mengembar-gembur isu itu.

"Terkawal? Tiga hari dah ni...ni peserta maharajalawak yg mana ni?' Soal Nasrudin Abdullah merujuk kenyataan Amirudin.

Terdahulu, Amirudin berkata, jumlah gangguan air yang berlaku pada tahun ini masih terkawal dan adalah sama dengan tahun-tahun sebelum ini, serta tidak seburuk yang disangka.

"Sebenarnya kejadian gangguan air ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini, tetapi mungkin pada tahun ini ia diberi laporan meluas media tempatan, jadi ramai ingat kejadian gangguan pada tahun ini sebagai kerap," kata Amirudin.

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Susulan penutupan itu sebanyak 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah terjejas.

Sementara itu, rata-rata rakyat Selangor dilihat kurang berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan Amirudin.

Sebahagian komen warganet di portal berkenaan
Mohd Farid turut mengesa supaya bekas Exco Sukan itu ditukar dengan seorang pemimpin yang lebih berkelayakan "Mohon tukar mb (Menteri Besar).. teruk sangat mb ni," katanya.

Sementara itu, seorang induvidu lain menyifatkan, kenyataan dibuat Amirudin mengambarkan sikap tidak perihatin pentadbirannya kepada masalah air dihadapi rakyat di negeri itu.

"MB cakap gangguan air sama seperti tahun sebelumnya...maknanya kerajaan negeri Sgor tak perihatin dgn masalah rakyat..

"Keadaan tak menjadi bertambah baik walau dah lebih 2 penggal jadi kerajaan," kata Woh Ulu Mah.

Manakala seorang pengguna lain membuat komen nakal terhadap kehadiran seorang 'yang mirip' Amirudin ke konsert akhir Gegar Vaganza yang diadakan malam tadi.

"Tadi nampak happy sakan di #gegarvaganza19. Menteri rupanya," kata NaNo Nordin pula.

Post a comment

0 Comments