Cuepacs S'wak bimbang mansuh BIPK beri impak negatif


PENGERUSI 
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) Sarawak, Ahmad Malie bimbang keputusan untuk memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) akan beri impak negatif kepada golongan muda.

Jelasnya,  pemansuhan ini secara tidak langsung mempengaruhi golongan muda untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Kelompongan jawatan perkhidmatan awam di Malaysia khususnya di negeri Sarawak mungkin akan berlaku susulan pemansuhan itu.

“Ia akan menyebabkan kurangnya anak-anak muda kita yang berkelayakan berminat untuk mengisi jawatan tersebut kerana mereka lebih gemar untuk mencari peluang-peluang pekerjaan yang lain di luar negara.

“Kerana dengan kelayakan yang ada, mungkin mereka mendapat imbuhan, ganjaran yang lebih besar daripada tempat-tempat yang lain di luar negara,” ujar Ahmad.

Sementara itu, Ahmad turut bimbang pemansuhan itu juga akan mewujudkan persekitaran kerja yang kurang kondusif, melibatkan emosi dan hasil kerja yang tidak dinamik .

“Kita khuatir ia akan menimbulkan satu rasa cemburu ataupun rasa tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam yang baru dilantik.

Kenapa mereka tidak dibayar sedangkan rakan-rakan senior mereka dibayar? Jadi ini akan menimbulkan suasana yang tidak begitu mesra dalam sistem perkhidmatan kita,” ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, Cuepacs negeri Sarawak berharap isu akan dibincangkan semula agar kebajikan penjawat awam secara adil dan menyeluruh dapat dilindungi.

Terdahulu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa agar kabinet membincangkan semua isu pemansuhan tersebut susulan keresahan disuarakan rakyat.

Post a comment

0 Comments