Gunung Anak Krakatau Kembali meletus


GUNUNG berapi Anak Krakatau terletak di Selat Sunda dilapor kembali meletus awal pagi semalam.

Agensi berita antarabangsa melaporkan, aktiviti letupan itu telah membebaskan debu setinggi 2,000 meter ke permukaan udara.

"Telah terjadi erupsi Gunung Anak Krakatau, Lampung, pada tanggal 30 Desember 2019 pukul 07:53 WIB dengan tinggi kolom abu teramati ± 2.000 m di atas puncak (± 2.157 m di atas permukaan laut)," lapor detik.com yang memetik kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG).

Susulan kejadian itu, penduduk sekitar dan tidak dibenarkan menghampiri kawasan dalam lingkungan dua kilometer dari kawah.

Sejak 25 Mac lalu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) telah meningkatkan tahap amaran Krakatau.

Aktiviti vulkanik di gunung berapi tersebut dilaporkan meningkat sejak 18 Jun 2018 disusuli siri letusan pada September 2018 hingga Februari 2019.

Post a comment

0 Comments