Jawatankuasa khas bincang isu elaun khidmat kritikal


JAWATANKUASA pilihan khas parlimen mengenai belanjawan bakal membincangkan isu potongan bayaran insentif perkhidmatan kritikal.

Ahli jawatankuasa itu Noor Amin Ahmad berkata, lampu hijau telah diberikan untuk isu potongan elaun kritikal yang dibangkitkannya itu dibincangkan.

"Saya tidak pernah menulis setuju dengan potongan ini. Dalam kerangka lebih besar satu taklimat menyeluruh perlu diberikan agar ahli-ahli Parlimen khususnya Jawatankuasa berkaitan lebih maklum dan memberi pandangan balas sama ada ia keutamaan yang tepat," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran itu, Amin turut mengongsikan tangkap layar pesanan WhatsApp yang menunjukkan pengerusi jawatankuasa itu, Mustapha Mohamed berkata akan mengusahakan mesyuarat jawatankuasa pada pertengahan Januari depan.

Terdahulu, kerajaan dilaporkan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang memasuki perkhidmatan awam bermula tahun depan.

Mereka yang sudah menerima elaun akan terus mendapat bayaran tersebut, termasuk pekerja kontrak yang kontraknya telah dip

Menerusi pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 20 Disember, BIPK merupakan satu daripada sembilan elaun yang dihentikan kerajaan, termasuk elaun hiburan kepada setiausaha sulit, dan insentif kecekapan berbahasa Inggeris.

Menurut soalan lazim yang disertakan dalam pekeliling JPA, jumlah elaun perkhidmatan kritikal antara 5 hingga 15 peratus berdasarkan gaji asas penerima, dengan jururawat mendapat jumlah tertinggi (15 peratus).

Antaranya pegawai perubatan, ahli farmasi dan pensyarah di kedua bidang ini menerima kadar rata RM750.

Amin dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah tersebut mungkin sebahagian daripada langkah konsolidasi fiskal yang perlu dilakukan dan kerajaan perlu segera mengaturkan taklimat mengenai langkah itu, termasuk di peringkat jawatankuasa khas parlimen.

Langkah konsolidasi fiskal dinyatakan dalam laporan ekonomi yang mana kerajaan cuba mengecilkan defisit belanjawan dan menjadikan belanjawan mengurus lebih mapan.

"Sejak lebih lima tahun lalu, corak belanjawan negara menunjukkan antara 95-99 peratus hasil negara digunakan untuk perbelanjaan mengurus. Ini menjadikan perbelanjaan pembangunan secara berterusan bergantung kepada hutang," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Menyifatkan isu itu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati, beliau berkata kerajaan pernah cuba memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 2012 tetapi ditarik balik selepas respons negatif di kalangan penjawat awam.

Post a comment

0 Comments